Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming 2024 Kembali Lagi | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming 2024 Kembali Lagi

Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming 2024 Kembali Lagi

Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming 2024 Kembali Lagi

Oleh : Suziana Che Wil 


Tradisi Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam meraikan para alumni kini kembali lagi. Majlis yang berlangsung setiap dua tahun sekali ini adalah majlis yang akan menghimpunkan para alumni UPM untuk kembali ke alma mater. 

Majlis yang penuh gilang gemilang ini akan diadakan sekali lagi pada tahun 2024 di tempat yang penuh memberi memori kepada seluruh alumni UPM iaitu di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia. 

Kejayaan pada setiap kali penganjuran dalam membawa pulang alumni ke alma mater tidak pernah kurang daripada 700-800 penyertaan daripada para alumni UPM. Apa yang diharapkan sejarah kejayaan ini dapat diulang lagi pada tahun 2024 yang mana majlis akan berlangsung pada 26 Oktober 2024, jam 8.00 malam. 

Tuanku Canselor UPM, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj akan mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming kali ke-12 kali ini. 

Penganjuran kali ini juga akan mendapat kerjasama daripada pihak Persatuan Alumni UPM yang mana akan bertindak selakku rakan kerjasama dalam menjayakan majlis gilang-gemilang ini. 

Date of Input: 30/06/2024 | Updated: 21/11/2024 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:15:39:04~noCache