FROM SERDANG TO UPMKB, WE HAVE NO BOUNDARIES | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » FROM SERDANG TO UPMKB, WE HAVE NO BOUNDARIES

FROM SERDANG TO UPMKB, WE HAVE NO BOUNDARIES

Oleh: Suziana Che Wil 

 

 

Satu Sesi Libat Urus bersama Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB dan Jerayawara@Fakulti UPMKB telah pun diadakan pada 23 sehingga 24 Mei 2024 . Sesi selama dua hari di kampus Bintulu, Sarawak membincangkan tata cara pengurusan alumni yang lebih efisien dan menyeluruh, serta pelbagai perkara berkaitan pemerkasaan alumni UPM di kampus Bintulu.

YBhg. Prof.  Madya Dr. Aqlima Ahmad mengetuai rombongan ARCUPM ke UPMKB bagi bersama-sama dalam sumbang saran bagi mempertingkatkan pengurusan alumni dengan lebih baik lagi bagi manfaat bersama. Turut hadir dan wakil dari UPMKB dihadiri oleh Encik Syukri Mohd Adnan. Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar, Puan Hairunisah Abdul Rahman, Ketua Bahagian Alumni dan Cik Nurul Syahmah Matsah, Pegawai Eksekutif.

Semoga perkongsian dan perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 

Satu sesi lawatan ke Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPP) serta Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) oleh Ybhg. Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Terima kasih diucapkan kepada Dekan FSPP, Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi, Dekan FKSP, Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin serta Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FSPP, Prof. Madya Dr. John Keen Chubo dan Timb. Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FKPS, Dr. Juniza Md Saad, atas kesudian menerima lawatan daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM, Serdang.

Semoga jalinan kerjasama erat ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang demi manfaat semua warga UPM terutamanya alumni dan bakal alumni UPM.

Date of Input: 29/05/2024 | Updated: 21/11/2024 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:16:44:41~noCache