Alumni Information Updates Establish Lifelong Ties With Alma Mater | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Alumni Information Updates Establish Lifelong Ties with Alma Mater

Alumni Information Updates Establish Lifelong Ties with Alma Mater

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

Keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada sesebuah universiti adalah penting bagi mengekalkan dan memperkembangkan pembangunan universiti. Dengan mewujudkan saluran yang mempermudahkan hubungan yang erat di antara alumni dengan pelajar dan universiti, ia dapat memberi faedah yang amat bermakna dalam memperkayakan pengalaman pelajar semasa berada di universiti tersebut. Setiap alumni melalui pengalaman daripada pelajar kepada graduan yang unik dan berbeza, justeru itu terdapat potensi untuk setiap alumni menyumbang kepada universiti dalam cara dan skala yang pelbagai. 

Sedar atau tidak, alumni adalah contoh teladan yang paling boleh diterima oleh pelajar. Setiap kejayaan alumni diluar sana dan mereka ini kembali menyumbang kepada alma mater sebenarnya memberi satu titik permulaan contoh teladan yang baik kepada pelajar yang masih berjuang di universiti. Dengan kembalinya alumni semula ke universiti untuk membantu, mereka membawa bersama kredibiliti dan justifikasi sebagai sebahagian daripada universiti yang berjaya setelah bernafas dalam udara yang sama dan melalui cabaran yang serupa yang dilalui oleh pelajar-pelajarnya. Mereka ini dilihat sebagai ‘hero’ dan jejak langkah mereka menjadi dambaan pelajar yang masih berada di bangku pengajian. 

 

Jejak Alumni UPM 

Universiti Putra Malaysia (UPM), antara universiti awam mempunyai jumlah alumni yang ramai. Data bermula daripada Disember 2017 hingga Jun 2021, jumlah alumni yang berdaftar  bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM seramai 41, 846 orang. Kesemua alumni ni dapat dijejaki melalui pelbagai program yang dirangka dalam menjejak alumni. 

Program-program ini menampakkan keberhasilan apabila alumni-alumni ni dapat dikesan diserata negeri dan pelbagai latar bidang. 

Antara program yang dirangka antaranya; 

  • Program Temu Mesra Alumni
  • Program Career & Entrepreneurship Expo UPM 2017 by CEM
  • Serdang Heritage
  • Alumni Reunion
  • Majlis- majlis makan malam Bersama Alumni
  • Program Sepetang Bersama Alumni
  • Alumni TRACE
  • Showcase Jalinan Alumni UPM@ Zoo Taiping 
  • Alumni Homecoming KTDI
  • Program Jejak Alumni K5 

 

Ini merupakan sebahagian program yang telah digerakkan untuk mengumpul data alumni demi membawa pulang kesemua alumni ini kepada alma mater. 

 

Selain daripada merangka program, alumni juga dialu-alukan untuk mendaftar secara melayari laman sesawang UPDATING ALUMNI INFORMATION

yang disediakan untuk setiap alumni mengemaskini data peribadi masing-masing. 

 

Pusat Perhubungan Alumni UPM menyediakan pelbagai landasan untuk memudahkan alumni mengemaskini maklumat peribadi untuk memudahkan perhubungan terus terbina antara alumni dan alma mater. 



Date of Input: 10/11/2021 | Updated: 30/01/2023 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdVAa~