Alumni As UPM Ambassadors Foster Student Excellence | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Alumni as UPM Ambassadors Foster Student Excellence

Alumni as UPM Ambassadors Foster Student Excellence

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

Program Sejam Bersama Alumni (SEBA) merupakan satu usaha merapatkan alumni dan alma mater menerusi Seksyen Jalinan dan Pengukuhan Alumni, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Usaha ini dilihat memberi impak positif apabila dapat memberi laluan kepada pelajar berhubung dengan bekas pelajar (alumni) dan sekaligus dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman berharga sebelum pelajar keluar mengharungi dunia sebenar selepas bergelar mahasiswa. 

Menerusi program SEBA,  alumni terbuka untuk berkongsi ilmu dan pengalaman semasa bergelar pelajar, selepas tamat pengajian dan perkembangan masa kini kepada warga Uinversiti Putra Malaysia (UPM).

Program bersiri ini dilaksanakan secara fizikal dan juga dalam talian. SEBA pertama dimulakan pada 15 Oktober 2019 dan berlangsung sehingga kini  melibatkan sebanyak 26 siri pelaksanaan. Ini merupakan medium untuk para alumni industri mencurahkan berbakti dan tenaga kepada alma mater. Alumni yang diundang menjadi tetamu jemputan SEBA adalah terbuka kepada semua kelas dan tahun graduasi. Sesi perkongsian sejam yang dihadiri oleh pelajar dan warga UPM banyak berkisar tentang kejayaan, pengalaman dan tip untuk mencipta kejayaan di dunia pekerjaan di luar. 

 

Alumni Duta Kecil UPM

SEBA merupakan salah satu program pemindahan ilmu daripada alumni kepada mahasiswa. Perkongsian ini telah memberi cetusan idea kepada pelajar merangka perjalanan karier selepas bergraduat. Mereka ini (alumni) bertindak sebagai duta UPM kepada pelajar untuk meneroka jalan kejayaan di luar sana. 

Pengalaman alumni di luar sana sangat berharga dan mereka ini adalah suri teladan kepada pelajar untuk memenuhi potensi. Banyak ilmu dan input yang dikongsikan menerusi program sejam ini memberi gambaran kerjaya dan pemahaman mengenai dunia kerjaya sebenar dengan lebih efektif lagi. 

Pertemuan ini diharap memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih bersedia dalam menempuh alam pekerjaan. Bidang ilmu yang dikongsikan oleh alumni sekurang-kurangnya mempersiapkan graduan selangkah ke hadapan untuk mencapai prospek kerjaya idaman pada masa akan datang. 

SEBA melalui 26 siri penganjurannya turut membawa ikon alumni UPM untuk berkongsi kepakaran mereka di platform maya. Antaranya ialah Presiden Persatuan Alumni UPM, Dato’ Raihan Sharif, Tokoh Guru Kebangsaan 2020/2021, Puan Noorizan Mohamed, Pengurus Elrah Exclusive, Haji Muhd Azharuddin Haji Che Azman dan ramai lagi. 

Impak Positif SEBA

Impak positif SEBA kepada pelajar adalah membina potensi kepimpinan pelajar, sekaligus dapat melestarikan jalinan hubungan antara alumni dengan warga UPM melalui perkongsian ilmu dan pengalaman. Ia juga mampu mengekalkan momentum kesepakatan antara warga UPM bersama alumni dengan menarik minat alumni di luar sana untuk program SEBA dan juga program-program lain yang boleh merapatkan hubungan antara alumni dan universiti. Sekaligus dapat melonjakkan nama universiti itu sendiri sebagai penghubung utama antara pelajar dan alumni sebagai dorongan dan motivasi kepada kejayaan pelajar. 

Kepada alumni yang ingin mengemaskini maklumat diri boleh ke pautan di bawah:  http://www.alumni.upm.edu.my/kemaskini_alumni-2045

Date of Input: 28/08/2021 | Updated: 30/01/2023 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdTAv~