SHOWCASE ALUMNI LEADERSHIP | Alumni Relations Centre
» NEWS » SHOWCASE ALUMNI LEADERSHIP

SHOWCASE ALUMNI LEADERSHIP

Oleh: Shahirah Alia Azahar

 

SERDANG - Program Showcase Alumni Leadership: Smartlead (The Future Is Now) 2023 anjuran Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Program yang dijadualkan selama 2 hari 1 Malam ini melibatkan seramai 30 orang pemimpin pelajar SK Seri Bintang Utara dan dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan Chapter Student Ambassador (CSA) UPM.

Program dimulakan dengan menyambut ketibaan pelajar daripada sekolah ke UPM dan seterusnya diteruskan dengan sesi 'ice breaking' oleh fasilitator CSA. Program kemudiannya diteruskan dengan slot perkongsian Tanaman Hidroponik oleh En Mohamad Hafiz Kamaruddin, Pegawai Pertanian, Fakulti Pertanian UPM.


Program diteruskan dengan slot 'Explorace' di sekitar Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah di mana peserta diuji dengan permainan yang menguji mental mereka dan seterusnya pada malam hari diteruskan dengan slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diberi nama "Kapal Karam" dimana kebolehan memberikan pendapat dan membuat keputusan didalam kumpulan diuji.

Majlis penutupan bagi program ini diadakan di Balai Minda KOSASS. Dihadiri YBrs. Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM, YBrs. Puan Hajah Atnawati Abu Hanipah, Guru Besar SKSBU, Ybhg. Datin Normaziyah Setapa Yang Dipertua PIBG SKSBU, YBrs. Mohammad Nizam Shamsudin, Penolong Kanan HEM SKSBU, YBrs. Puan Aida Fitri Peli, Penolong Pendaftar ARCUPM dan YBrs. Puan Noorfairuzehaniah Abdullah, AJK PIBG SKSBU.


Turut diadakan gimik tandatangan jaringan pendidikan antara Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara bersama Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia. Diharap jaringan pendidikan bagi program membina kerjasama dan jaringan bersama yang dimeterai ini akan memberikan lembaran baharu dan nafas yang lebih segar kepada kerjasama antara sekolah dan juga Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara (SKSBU), Kuala Lumpur sudi bekerjasama menganjurkan program ini.


Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang terlibat dalam program ini. Jadilah pemimpin pelajar yang berkualiti.
ARCUPM juga berterima kasih kepada Alumni UPM dari tenaga pengajar SKSBU yang kembali menyumbang kepada alma mater dengan membawa pelajar sekolah beliau mengenali UPM.

Date of Input: 22/12/2023 | Updated: 27/02/2024 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbXAA~