Graduan Putra Kerjaya PTD Impian Dan Cabaran | Alumni Relations Centre
» NEWS » Graduan Putra Kerjaya PTD Impian dan Cabaran

Graduan Putra Kerjaya PTD Impian dan Cabaran

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – 20 Oktober 2021, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (PPA) dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) telah mengadakan satu sesi perkongsian mengenai kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). 

Program ini memberi peluang kepada semua untuk lebih mengetahui dengan lebih jelas kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bermula dengan teknik menjawab soalan peperiksaan sehinggalah kerjaya sebagai PTD bermula.

Lebih menarik perkongsian ini disampaikan oleh alumi UPM yang berpengalaman dalam bidang kerjaya ini. Antara alumni yang terlibat dalam perkongsian ini adalah Ybhg. Dato’ Zulkifli Adnan, pesara kerajaan Perkhidmatan Awam, yang merupakan Alumni Kelas 1978 dan 1981, Encik Khairul Ridzuan Che Ab Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Penilaian Kompentensi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Alumni Kelas 2014 dan Encik Safrie Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Alumni Kelas 2013. 

Program yang bersiaran secara langsung dalam talian Cisco Webex dan juga di facebook Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan telah menarik lebih 200 orang peserta yang kebanyakan mereka adalah pelajar dan bekas pelajar UPM. Program yang bermula pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari itu dilihat sangat komprehensif. Input dan info yang dikongsi sangat bermanfaat  bagi mereka yang berminat dalam kerjaya sebagai PTD.  

Program pada pagi itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali.

Prof. Madya Dr. Mass Hareeza mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para alumni yang sudi memberikan perkongsian pada program tersebut. Menurutnya, perkongsian secara langsung daripada alumni yang arif dalam bidang masing-masing banyak  membuka ruang kepada pelajar dan mereka yang berminat dalam kerjaya PTD untuk bertanya secara terus mengenai skop kerjaya sebagai PTD. 

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan akan sentiasa membawakan program-program yang boleh meningkatkan daya saing pelajar dan membuka ruang serta peluang untuk pelajar mendapat suntikan idea dan semangat dalam membina kerjaya selepas bergraduat. 



Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEXSAN~