TEMU MESRA ALUMNI UPM SEMPENA KEJOHANAN LANGKAWI INTERNATIONAL 7’S 2025 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TEMU MESRA ALUMNI UPM SEMPENA KEJOHANAN LANGKAWI INTERNATIONAL 7’S 2025

TEMU MESRA ALUMNI UPM SEMPENA KEJOHANAN LANGKAWI INTERNATIONAL 7’S 2025

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid
Disunting oleh: Suziana Che Wil

Langkawi, 25 Oktober 2025 – Pasukan ragbi UPM Serdang Angels telah menyertai Kejohanan Langkawi International 7’s 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Kejohanan ini dianjurkan oleh Akademi Langkawi Darul Aman (ARDA) dan menghimpunkan pasukan-pasukan ragbi dari pelbagai institusi serta kelab tempatan dan antarabangsa.

Bersempena kejohanan tersebut, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi temu mesra bersama alumni UPM yang turut terlibat dalam kejohanan ini, sama ada sebagai pengadil mahupun pengurus pasukan.

Sesi berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk menyantuni para alumni, malah turut memperkukuh jaringan hubungan antara alumni dan pihak universiti melalui bidang sukan. Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan komitmen ARCUPM dalam mendekati alumni di pelbagai lapangan, termasuk bidang kepimpinan dan kejurulatihan sukan.

Antara alumni dan warga UPM yang terlibat dalam kejohanan ini ialah:

  • Encik Mohd Sahrizan bin Mat Yatim, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, ARCUPM
  • Encik Muhammad Zyuraidi bin Abdul Majid, Pembantu Belia dan Sukan, UPM
  • Encik Fahmi Azar bin Mistar, Pengarah, ARCUPM
  • Encik Norazhar bin Abdul Hamid, Alumni Kelas 1992
  • Encik Salahuddin bin Zakaria, Alumni Kelas 2015
  • Encik Abdul Mu’iz bin Hassan Basri, Pegawai Eksekutif, ARCUPM

ARCUPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para alumni atas komitmen serta penglibatan mereka yang berterusan dalam aktiviti universiti. Kehadiran dan sokongan mereka bukan sahaja mengangkat semangat kesukanan dalam kalangan warga UPM, tetapi turut memperkukuh nilai kebersamaan dan semangat Berilmu Berbakti yang menjadi tunjang kepada keluarga besar Alumni UPM.

Secara keseluruhannya, penglibatan alumni dalam kejohanan ini mencerminkan kekuatan jaringan warga UPM yang terus aktif menyumbang dalam pelbagai bidang. Ia menjadi bukti bahawa hubungan antara alumni dan universiti bukan sekadar kenangan, tetapi satu bentuk kesinambungan yang memperkukuh semangat kesetiaan dan kebanggaan terhadap alma mater tercinta.

Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 03/11/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (04:36:39pm-04:41:39pm, 25 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]