Reunion On The Green 2024 (ROG2024) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Reunion On The Green 2024 (ROG2024)

Reunion On The Green 2024 (ROG2024)

Oleh: Aidil Asyraaf Abdullah

Suntingan: Amanpreet Kaur Rajinder Singh


Serdang, 26 Oktober 2024 –
Reunion On The Green 2024 (ROG2024) telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah di UNIPUTRA Golf Club, UPM. Program yang bermula seawal jam 7:30 pagi ini dianjurkan oleh Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Kolej Tun Dr. Ismail Sesi 2024/2025, dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan ukhwah dan memperkukuh ikatan silaturahim antara alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), pihak pengurusan, dan pelajar. Program ini juga menjadi platform untuk membentuk jalinan professional dan kolaborasi bersama alumni.

Seramai 42 alumni dan 26 pelajar telah menyertai program ini serta diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu. Hal ini menjadikannya acara yang signifikan untuk komuniti UPM.

Program ROG2024 ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderamata kepada peserta sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam acara tersebut. Hadiah diberikan mengikut kategori masing-masing.

Diharapkan Reunion On The Green 2024 menjadi inspirasi kepada program-program lain pada masa akan datang untuk terus memperkukuh jaringan alumni UPM dan mengeratkan hubungan antara komuniti universiti.

Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | amanpreet

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (09:40:39pm-09:45:39pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]