MESYUARAT PERBINCANGAN PROGRAM QURBAN CARE FOR UMMAH 2026 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MESYUARAT PERBINCANGAN PROGRAM QURBAN CARE FOR UMMAH 2026

MESYUARAT PERBINCANGAN PROGRAM QURBAN CARE FOR UMMAH 2026

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

SERDANG, 28 APRIL — Mesyuarat penyelarasan awal bagi program komuniti anjuran QC4U dan Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini bagi membincangkan perancangan serta gerak kerja pelaksanaan program yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat. Mesyuarat tersebut menghimpunkan barisan urus setia serta pihak berkepentingan bagi memastikan setiap aspek pelaksanaan program dapat disusun secara teratur dan efisien.

Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan tugas, pembahagian peranan serta perancangan aktiviti yang akan dijalankan dalam usaha memastikan objektif program dapat dicapai dengan berkesan. Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara QC4U dan Pusat Perhubungan Alumni UPM dalam menjayakan inisiatif berimpak tinggi kepada komuniti.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar; pengarah projek QC4U, Mohd Effuan Aswadi bin Abdul Wahab; serta Pegawai Perhubungan Awam QC4U, Cik Nurul Athira Mohd Affandi. Turut hadir ialah barisan staf Pusat Perhubungan Alumni UPM iaitu Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadzilah, Encik Abdul Mu’iz bin Hassan Basri dan Cik Nabilah Rapail.

Secara keseluruhan, mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada kelancaran pelaksanaan program sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antara semua pihak yang terlibat demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan ummah.

Tarikh Input: 08/05/2026 | Kemaskini: 08/05/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (09:38:24pm-09:43:24pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]