Lawatan EKSA Daripada UIN Jakarta | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Lawatan EKSA Daripada UIN Jakarta

Lawatan EKSA Daripada UIN Jakarta

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 30 SeptemberPusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta (UIN Jakarta) bagi membincangkan pelaksanaan dan pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai amalan EKSA di sektor awam dan membuka ruang untuk pertukaran idea serta pengalaman antara kedua-dua institusi.

 

ARCUPM berkongsi pengalaman dan strategi mereka dalam memperkukuhkan budaya EKSA sebagai satu usaha ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, dan efisien.

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UIN Jakarta atas kesudian mereka melawat ke ARCUPM. Harapan besar disandarkan agar lawatan ini akan membawa kepada peningkatan pencapaian dalam pelaksanaan EKSA, bukan sahaja di kedua-dua institusi, malah dalam sektor awam secara amnya. Diharapkan juga agar kerjasama ini dapat diteruskan dalam bidang-bidang lain yang mendatangkan manfaat bersama pada masa hadapan.

 

Terima kasih juga diucapkan kepada Pusat Jaminan Kualiti UPM kerana memilih ARCUPM untuk membawa delegasi daripada UIN bagi penerangan tentang amalan EKSA di UPM.

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (09:54:30am-09:59:30am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]