SESI PENJURIAN PERTANDINGAN ANUGERAH SUDUT BACAAN READ@UNI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » SESI PENJURIAN PERTANDINGAN ANUGERAH SUDUT BACAAN READ@UNI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

SESI PENJURIAN PERTANDINGAN ANUGERAH SUDUT BACAAN READ@UNI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

SERDANG, 30 Julai – Sesi penjurian Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni telah berjaya dilaksanakan dengan lancar sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya membaca dan membudayakan amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan juri, Puan Samsida Samsudin dan Puan Erni Suraya Abdul Aziz, atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi kepakaran dalam melaksanakan proses penilaian secara profesional, telus dan menyeluruh.

Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi dan kerjasama erat dalam membangunkan serta memperkasakan Sudut Bacaan Read@Uni sebagai sebuah ruang ilmu yang kondusif, mesra pengguna dan mampu memberi manfaat kepada seluruh komuniti universiti.

Sesi penjurian ini telah disambut baik oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), En. Fahmi Azar Mistar, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Beliau menzahirkan harapan agar usaha memperkukuh budaya membaca dan penyediaan ruang pembelajaran yang berkualiti akan terus diperkasakan melalui kerjasama serta komitmen berterusan daripada semua warga universiti.

Penganjuran Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni mencerminkan komitmen ARCUPM dalam menyokong inisiatif yang menggalakkan budaya membaca, perkongsian ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat, sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif untuk manfaat seluruh warga UPM.






Tarikh Input: 31/07/2026 | Kemaskini: 31/07/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (04:50:46am-04:55:46am, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]