BENGKEL PENCAPAIAN ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » BENGKEL PENCAPAIAN ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

BENGKEL PENCAPAIAN ENTITI HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Oleh: Ahmad Amirul
Disunting oleh: Suziana Che Wil 

Serdang, 10 Februari – Bengkel Pencapaian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah berlangsung di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), dengan penglibatan semua entiti di bawah HEPA bagi membentangkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta pencapaian setiap Pusat Tanggungjawab (PTj).

Program ini menjadi platform penting untuk menilai prestasi semasa, memperkukuh perancangan strategik serta menyelaras hala tuju setiap entiti selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia (UPM).


Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) turut mengambil bahagian dalam bengkel tersebut. Delegasi ARCUPM diketuai oleh Pengarahnya, Encik Fahmi Azar Mistar, bersama Penolong Pendaftar Kanan, Puan Wan Nahariah Wan Tahir; Ketua Seksyen Rangkaian Alumni dan Jaringan Profesional, Puan Sahira Faghira Tahrir Adli; serta Ketua Unit Tadbir Urus dan Kewangan, Encik Sahrizan Mat Yatim.


Melalui pembentangan dan sesi perbincangan yang diadakan, setiap entiti digalakkan untuk terus berganding bahu serta memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan sasaran KPI dapat dicapai secara berkesan.

Komitmen bersepadu ini penting bagi merealisasikan aspirasi universiti, di samping memastikan kepentingan dan keperluan pelajar sentiasa diberi perhatian. Pelajar UPM bukan sahaja merupakan pemegang taruh utama universiti, malah berperanan sebagai duta yang akan membawa nama UPM ke persada global.

Tarikh Input: 12/02/2026 | Kemaskini: 12/02/2026 | ahmadamirul

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (09:36:12pm-09:41:12pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]