Alumni Slow Pitch Homecoming 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Slow Pitch Homecoming 2024

Alumni Slow Pitch Homecoming 2024

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 1 Jun - Perlawanan Alumni Slow Pitch Homecoming (softball) 2024 telah diadakan di Padang Softball UPM. Aktiviti ini dianjurkan oleh pelajar Tahun 3 dari Fakulti Pengajian Pendidikan, khususnya dari program Pembangunan Sumber Manusia (HRD), dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM. Kerjasama ini juga sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Alumni 21 Mei.

Lebih 60 orang alumni terutamanya alumni dari Fakulti Pengajian Pendidikan telah turut serta dalam perlawanan ini. Ini antara isyarat yang menunjukkan kesediaan dan semangat alumni UPM di luar sana untuk terus menjalin hubungan yang erat dengan almamater tercinta. Kehadiran mereka ini turut memperlihatkan semangat dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. 

 

Perlawanan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada alumni UPM, majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Dr. Suriani Ismail, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengajian Pendidikan.

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menganjurkan acara ini dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua alumni UPM yang hadir. Diharapkan agar ikatan ukhuwah ini akan terus terjalin erat pada masa akan datang, mengukuhkan lagi hubungan antara alumni dan universiti.

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:0:46:55~noCache