Public Sector Conducive Ecosystem (EKSA) ARCUPM | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Public Sector Conducive Ecosystem (EKSA) ARCUPM

Public Sector Conducive Ecosystem (EKSA) ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

Apa itu EKSA?

EKSA merupakan singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Setiap sektor perlu melaksanakan EKSA demi mewujudkan satu ekosistem kerja yang kondusif untuk keselesaan pekerja dan juga pelanggan. 

EKSA juga mewujudkan imej korporat yang sekaligus mencerminkan dasar kerja sektor awam yang sistematik dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk setiap pelanggan dan juga kakitangan. 

Secara umumnya, EKSA mula diperkenalkan pada tahun 2014. Ia diwujudkan sebagai satu inisiatif penjenamaan semula amalan 5S sektor awam. Penjenamaan semula ini adalah mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif yang mencerminkan kerelevanan agensi dan jabatan sektor awam itu sendiri. 

Langkah penjenamaan semula ini juga adalah seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi. Ini juga untuk menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif di tempat kerja. 

Pembudayaan EKSA dilihat dapat memantapkan lagi pengurusan tempat kerja agar pekerja sektor awam dapat menjalankan kerja dalam persekitaran yang bersih, selesa dan juga sistematik. 

EKSA di ARCUPM

Diketuai oleh Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan UPM (ARCUPM), EKSA di ARCUPM digunapakai untuk menjayakan visi dan misi jabatan iaitu meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif. 

Disamping itu EKSA juga dijalankan dalam menjayakan misi ARCUPM iaitu mahu: 

  • Melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan dan lebih produktif, 
  • Mewujudkan budaya kerja dan urus tadbir terbaik dan, 
  • Membina budaya dan nilai bersama yang cemerlang. 

Membawa moto “Pesekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”, EKSA di ARCUPM memastikan semua staf bergerak dengan lebih produktif, progresif dan proaktif. EKSA dengan pengamalan 5S yang maksima boleh meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. 

AMALAN 5S 

Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan amalan ini dilihat berkesan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan , menjimatkan kos dan juga dapat memudahkan proses gerak kerja dijalankan. 

 

Apa itu amalan 5S?

  1. Sisih – merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. 
  2. Susun – menyusun peralatan dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai. 
  3. Sapu – memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk / debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan. 
  4. Seragam – senada, sewarna dan keadaan pada semua ciri-ciri, susun atur dan peraturannya. Ini mencerminkan keseragaman dalam organisasi berkenaan. 
  5. Sentiasa amal – mengekalkan penggunaan 4S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam dengan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaOAj~