An Entrepreneur: Alumni Mentor Shared Tips To Succeed As An Entrepreneur | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » An Entrepreneur: Alumni Mentor Shared Tips To Succeed As An Entrepreneur

An Entrepreneur: Alumni Mentor Shared Tips To Succeed As An Entrepreneur

Oleh: Suziana Che Wil

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

 

Pada Bengkel MegaChili Siri ke-5 ataupun bengkel yang terakhir, alumni mentor yang dijemput selaku panel untuk sesi perkongsian maklumat adalah Encik Hafiz Ramly. Beliau merupakan Timbalan Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Johor dan merupakan alumni UPM Kelas 2005. 

Pada bengkel kali ini ilmu diberikan cukup bermanfaat untuk para peserta yang bercadang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pertanian sebagai seorang usahawan tani. Menurutnya, tidak kiralah apa juga bidang kerjaya yang diceburi, ilmu yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. 

Selaku graduan daripada sebuah universiti yang terkemuka, kendiri sebagai graduan universiti perlu mampan walaupun bergelar usahawan tani. Meskipun bergelumang dengan pokok dan biji benih, tetapi visi dan misi diri perlu jelas bukan sahaja membuktikan kemampuan diri tetapi juga demi meletakkan nama Alma Mater yang dibawa dijulang tinggi. 

Persediaan Diri ke Alam Kerjaya

Setelah bergraduat perkara utama dalam minda setiap graduan adalah pekerjaan. Tidak semestinya apabila anda seorang graduan dalam bidang perakaunan maka anda perlu menjadi seorang akauntan. Lapangan terbuka luas, sama ada di sektor awam, swasta ataupun bergelar usahawan. 

Perlu semak dan imbang kemampuan diri sebelum anda melangkah ke dunia kerjaya. Ini yang dikongsikan oleh alumni mentor untuk para peserta bengkel pertingkatkan kemahiran diri masing-masing; 

  1. Ilmu pengetahuan
  2. Kemahiran teknikal
  3. Kemahiran insaniah
    1. – kemahiran berkomunikasi
    2. – kerja berpasukan
    3. – kreatif
    4. – keyakinan diri
    5. – kebolehan menyelesaikan masalah
    6. – Pengurusan masa
    7. – kebolehan menyesuaikan diri
    8. – motivasi diri
    9. – kemahiran interpersonal
    10. – etika kerja
    11. – integriti
    12. – kepimpinan
  4. Sikap

Kemahiran Insaniah (soft skill) Seorang Usahawan 

  1. Berani mengambil risiko
  2. Komitmen
  3. Keazaman
  4. Bijak merebut peluang yang ada
  5. Luaskan jaringan hubungan
  6. Kreatif, inovatif dan berfikiran luar kotak
  7. Berkeyakinan tinggi
  8. Berwawasan tinggi
  9. Fleksibel
  10. Bertenaga
  11. Bermotivasi
  12. Peka dan bersedia menghadapi perubahan
  13. Strategi
  14. Kepimpinan

Date of Input: 13/08/2021 | Updated: 13/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUPAs~