Alumni Scholarship 2021 Initiative Comfortable Educational Access For Asnaf And B40 | Alumni Relations Centre
» ARTICLE » Alumni Scholarship 2021 Initiative Comfortable Educational Access For Asnaf And B40

Alumni Scholarship 2021 Initiative Comfortable Educational Access For Asnaf And B40

Oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah

Suntingan oleh: Nik Hafzaini Nik Hassan

Projek Biasiswa Alumni (Alumni Scholarship) merupakan satu inisiatif oleh Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) untuk membawa alumni UPM agar kembali menyumbang bakti terutamanya aspek kewangan kepada alma mater. Pendanaan biasiswa kepada para pelajar dalam program pengajian Diploma dan Bacelor terutamanya kepada kelompok pelajar B40 dan Asnaf demi memastikan agar keperluan pembelajaran pelajar tersebut dipenuhi dan seterusnya mengurangkan beban pelajar dalam meneruskan kehidupan seharian. Projek pendanaan biasiswa alumni ini bermula sejak tahun 2017 dan disambut baik oleh para alumni yang memberi dana sumbangan biasiswa melalui syarikat persendirian ataupun secara berkelompok bersama rakan alumni yang lain.

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pendanaan Biasiswa Alumni yang dilaksanakan sepanjang tahun ini menyasarkan pelajar yang berkeperluan daripada golongan B40 dan asnaf. Inisiatif pendanaan Biasiswa ditambah baik melalui kaedah pendanaan berkelompok bertujuan menarik minat penyumbang baharu yang mahu menyumbang secara sedikit tetapi konsisten pada setiap bulan. Sebanyak tujuh (7) penaja baharu yang dikenalpasti bagi  tahun 2021 iaitu Biasiswa TMJ Mesra Travel and Tours, Biasiswa Chapter Cyperus 92 (2.0),Biasiswa Amco Niaga (2.0), Biasiswa Agricsc’94, Biasiswa Menteri Besar Selangor, Biasiswa Alumni Kolej Tiga dan Biasiswa Pertubuhan Kebajikan Salak. susulan itu, Pusat Perhubungan Alumni terus berusaha untuk mendapatkan penaja baharu bagi tahun 2021 melalui kaedah pelaksanaan program dan pertemuan bersama mantan-mantan pemimpin pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Bertitik tolak daripada pelaksanaan projek pendanaan Biasiswa Alumni bagi tahun 2021 ini, ia mampu melahirkan graduan yang holistik dan mapan serta memotivasikan pelajar untuk sentiasa berusaha sedaya upaya dalam bidang akademik. Pemberian Biasiswa Alumni ini juga menyediakan landasan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam meringankan beban mereka melalui pemberian fasiliti dan kemudahan pendidikan yang lebih selesa.

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Pusat Perhubungan Alumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program dan projek untuk merapatkan hubungan para alumni dengan universiti.

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BUKWVAo:21:15