Yaasin Dan Tahlil Recitation | Alumni Relations Centre
» NEWS » Yaasin dan Tahlil Recitation

Yaasin dan Tahlil Recitation

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG,13 Ogos 2021 – Setiap yang hidup pasti akan datang padanya sebuah kematian. Sebuah perpisahan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Sekali lagi Allah SWT permudahkan urusan warga Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dDan Tahlil memohon keampunan, perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT. 

Pada malam 13 Ogos 2021, Majlis Bacaan Yaasin disekalikan dengan bacaan tahlil untuk keluarga Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar atas kepulangan ayahanda tercinta ke pangkuan Ilahi pada pagi 13 Ogos 2021. 

Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah ARCUPM, En Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan, Penolong Pendaftar ARCUPM, Encik Wan Ali Wan Ab Rahman, Pengurus Persatuan Alumni UPM (PAUPM), para pegawai UPM dan juga staf ARCUPM. 

Biarpun ia dilangsung secara dalam talian, namun bersamaan dan semangat kekitaan dalam menghadapi ujian dan musibah daripada Allah SWT itu dapat dizahirkan bersama-sama. Sesungguhnya ujian Allah SWT itu hadir dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan setiap ujian itu tiada lain hanyalah untuk mendekatkan hamba-Nya kepada Pencipta-Nya. 

Prof. Dr. Arifin Abdu mengambil kesempatan pada malam itu menzahirkan ucapan takziahnya kepada seluruh keluarga Timbalan Pengarah ARCUPM atas ujian kehilangan ayahanda tercinta. Pada masa sama juga beliau mengucapkan terima kasih kepada ARCUPM yang peka dengan keadaan semasa dengan mengadakan Majlis Tahlil dDan Bacaan Yaasin ini. Beliau berharap agar kesatuan hati, kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam mendepani ancaman wabak  Covid-19. 

Selaku ketua di ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan perjumpaan walaupun dalam talian. 

“Syukur saya ucapkan kehadrat Allah SWT kerana atas limpah kurniaana-Nya dapat sekali lagi kita berjumpa di alam maya. Terima kasih kepada Kelab Kebajikan dan Sosial ARCUPM dalam usaha mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil pada malam ini. Semoga usaha kecil kita ini menjadi asbab untuk kita semua mendapat keampunan, perlindungan dan kemudahan daripada Allah SWT. Takziah kepada Encik Fahmi sekeluarga atas kehilangan ayahanda tercinta dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Kesempatan majlis ini kita sama-sama mendoakan kesejahteraan ahli keluarga terdekat, sanak saudara, rakan-rakan yang diuji dengan penyakit Covid-19. Moga dengan keberkatan majlis ini juga Allah angkat segala musibah yang melanda negara har ini. Semoga kita terus menjaga kesihatan dan terus amalkan penjarakan sosial yang SOP sebagai satu ikhtiar kita agar dijauhi daripada wabak yang bahaya ini. Sekali terima kasih kepada seluruh yang hadir pada majlis malam ini, agar kita terus dilindungi oleh Allah SWT,” ujar beliau. 

Terdahulu, beberapa orang staf ARCUPM dan ahli keluarga diuji dengan dijangkiti oleh virus Covid-19. Didoakan agar mereka semua terus tabah dan terus berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan kesembuhan dan dapat kembali menjalani rutin seperti biasa.

Date of Input: 23/08/2021 | Updated: 23/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCIIAq:08:16