Temu Mesra Bersama Alumni Happy Cats Veterinary Clinic | Alumni Relations Centre
» NEWS » Temu Mesra Bersama Alumni Happy Cats Veterinary Clinic

Temu Mesra Bersama Alumni Happy Cats Veterinary Clinic

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 15 Julai - Dalam usaha menjejaki alumni UPM di serata negeri dan agensi, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumi UPM (ARCUPM) telah mengadakan satu temu mesra bersama alumni di Happy Cats Veterinary Clinic, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Sesi temu mesra bersama Dr. Nurhidayu Mazlan alumni (kelas 2007, DVM) berjalan lancar dan beberapa perkara dibincangkan terutamanya yang melibatkan pelajar dan keterlibatan alumni UPM bersama aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh UPM. 

Sesi yang berlangsung di klinik milik Dr. Nurhidayu turut membuka peluang kepada pelajar-pelajar khususnya daripada bidang Veterinar untuk menjalani latihan industri di klinik tersebut. 

Dr. Mokrish Ajat dalam kerangka menghadiri Bengkel Akhir Malam Alumni Universiti Awam (MAL) di Universiti Sains Malaysia (USM) sempat mengambil peluang untuk menyantuni alumni UPM yang berada di sekitarnya.   

ARCUPM sentiasa mengalu-alukan ‘kepulangan’ alumni ke Universiti dalam usaha memartabatkan kecemerlangan dan kegemilangan UPM di serata dunia. 

 

-akan dikemaskini-

Date of Input: 19/07/2024 | Updated: 12/09/2024 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:4:46:06~noCache