Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 7 Ogos - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan sesi temu mesra bersama alumni dari Rhone Ma Holdings Berhad di kilang Rhone Ma Nilai.
Sesi pertemuan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Mokrish Md Ajat, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, dan turut dihadiri oleh Encik Mohamad Norfarhan Norzaini, Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni.
Wakil dari ARCUPM disambut mesra oleh alumni yang kini berkhidmat di Rhone Ma Holdings Berhad, antaranya, Dr. Lim Ban Keong (Alumni UPM Kelas 1997), Pengarah Urusan Kumpulan, Rhone Ma Holdings Berhad; Dr. Lim Hang Chern (Alumni UPM Kelas 2004), Ketua Pegawai Eksekutif, Rhone Ma Malaysia Sdn Bhd; Dr. Loh Wei Hoong (Alumni UPM Kelas 2000 & 2004), Pengurus Kanan Teknikal Komersial, Rhone Ma Malaysia Sdn Bhd; serta dua orang staf Rhone Ma Malaysia Sdn Bhd yang juga merupakan alumni UPM.
Diharapkan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara alumni dan universiti, serta dapat memberi manfaat kepada semua terutama pelajar.
-akan dikemaskini-
Date of Input: 16/08/2024 | Updated: 18/10/2024 | shahirahalia
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor