Sesi Temubual Bagi Penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun | Alumni Relations Centre
» NEWS » Sesi Temubual Bagi Penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun

Sesi Temubual Bagi Penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 23 Julai - Selesai sesi temubual bersama Dr. Nur Aishah Abdullah, alumni UPM kelas 2017 bagi penerbitan majalah Alumni Serdang Sun. Perkongsian kisah inspiratif beliau boleh menjadi teladan terutama kepada golongan muda. Klinik haiwan, Animal Clinic SS14 [Exotic & Companion Centre], yang dibuka oleh Dr. Nur Aishah sejak tahun 2018, telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada komuniti setempat.

Dr. Nur Aishah berkongsi pelbagai pengalaman menarik sepanjang perjalanan kerjayanya, daripada cabaran awal membuka klinik sehingga kejayaan yang diraih kini. Kisahnya bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam bidang perubatan veterinar.

Nantikan artikel penuh mengenai temubual eksklusif ini di Majalah Alumni Serdang Sun.

 

-akan dikemaskini-

Date of Input: 31/07/2024 | Updated: 31/07/2024 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:4:58:02~noCache