Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 6 Jun - Bagi melaksanakan aktiviti amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2024, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
Turut meraikan pelantikan Pengerusi jawatankuasa EKSA baharu, Puan Aida Fitri Peli dan Jawatankuasa Promosi EKSA baharu, Encik Syahid Asyraaf Shamsudin. Semoga dengan pelantikan baharu ini dapat memberi impak kepada pelaksanaan EKSA di ARCUPM.
EKSA merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan menyenangkan di sektor awam. Salah satu kepentingan EKSA kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah meningkatkan produktiviti PTJ. Dengan persekitaran kerja yang teratur dan bersih, kakitangan dapat bekerja dengan lebih efisien dan fokus, seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhan organisasi.
Persekitaran yang kondusif dan sistematik juga dapat membantu dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pelanggan. Program Eksa menggalakkan penglibatan semua kakitangan dalam usaha penambahbaikan berterusan, yang boleh meningkatkan semangat kerjasama dan kesepaduan dalam pasukan.
Secara keseluruhannya, EKSA adalah penting dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih baik, efisien, dan menyenangkan di sektor awam, yang akhirnya memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Date of Input: 27/06/2024 | Updated: 02/07/2024 | shahirahalia
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor