Mesyuarat Bersama Persatuan Alumni UPM Sarawak | Alumni Relations Centre
» NEWS » Mesyuarat Bersama Persatuan Alumni UPM Sarawak

Mesyuarat Bersama Persatuan Alumni UPM Sarawak

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

Bintulu, 30 September - Mesyuarat antara Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) Sarawak Kuching telah diadakan pada 30 September 2024 di UPM Kampus Bintulu, dengan tujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara universiti dan komuniti alumni di Sarawak. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, manakala PAUPM Sarawak Kuching diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Sylvester Entri Muran (Alumni kelas 1978) dan Bendahari PAUPM Sarawak Kuching, Puan Dayang Siti Anijah Abang Mon (Alumni kelas 1984)

Turut hadir Puan Hajjah Siti Rajanah Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPMKB dan daripada Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB iaitu Ketua Pentadbir, Mohamad Syukri Bin Mohamad Adnan, Pegawai Psikologi Kanan, Hairunisah Binti Abdul Rahman dan Pegawai Eksekutif, Nurul Syahmah Binti Matsah.

Yang hadir secara dalam talian daripada Bintulu Chapters iaitu Wan Nur Amalina Wan Esa (Alumni Tahun 2008), Azuan Omar (Alumni Tahun 2009) dan Mohd Akmalfaiq Rakibun (Alumni Tahun 2014).

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara UPM dan alumni di Sarawak, serta membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. Fokus utama perbincangan adalah untuk meningkatkan jaringan alumni dan merancang aktiviti yang dapat memanfaatkan komuniti alumni di Sarawak, selain menyokong perkembangan institusi alma mater.

Melalui mesyuarat ini, kedua-dua pihak berharap dapat terus memantapkan hubungan kerjasama, menyokong pertumbuhan universiti, serta memperkasakan peranan alumni dalam menyumbang kepada komuniti dan pembangunan negara.

 

-akan dikemaskini-

Date of Input: 30/09/2024 | Updated: 30/09/2024 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:5:06:58~noCache