Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 19 September - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dengan penuh rasa bangga dan penghargaan telah menerima kunjungan mesra daripada YAB Dato' Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, yang juga merupakan Alumni UPM kelas 2002, pada hari ini.
Kunjungan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen dan semangat kesetiaan seorang alumni yang tidak pernah luntur terhadap alma mater, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi alumni yang lain untuk terus menjalin hubungan yang erat dengan universiti yang telah membentuk asas kejayaan mereka.
Pusat Perhubungan Alumni UPM dan Persatuan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato' Seri Haji Amirudin atas kesudian beliau meluangkan masa untuk kembali ke universiti.
-akan dikemaskini-
Date of Input: 30/09/2024 | Updated: 30/09/2024 | shahirahalia
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor