FRATERNITY CAMP (CSA) - BAHAGIAN 1 | Alumni Relations Centre
» NEWS » FRATERNITY CAMP (CSA) - BAHAGIAN 1

FRATERNITY CAMP (CSA) - BAHAGIAN 1

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil 

 

SERDANG - Fraternity Camp Chapter Student Ambassador (CSA) telah diadakan dari 27 hingga 29 Oktober 2023, bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) atau juga dikenali sebagai Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC).

Program ini adalah anjuran dari Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dan objektif utamanya adalah untuk mendedahkan para pelajar baharu terutamanya pelajar dari Chapter Student Ambassador mengenai ketahanan diri terutamanya dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.  

Hutan Simpanan Kekal ini diletakkan di bawah tanggungjawab Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui perjanjian jangka panjang bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan bidang perhutanan. Pelajar dapat melakukan latihan amali dengan berkesan dan melahirkan pelajar yang lengkap dengan ilmu perhutanan.

Pergerakan peserta dari UPM ke SISFEC adalah menaiki bas UPM. Seramai 38 orang peserta dan 10 orang Fasilitator daripada staf ARCUPM yang terlibat dalam Program Fraternity Camp yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli CSA dan staf ARCUPM.

Sebaik sahaja selesai pengurusan tempat tinggal dan pentadbiran diri, peserta bersiap sedia di dewan untuk solat berjemaah serta makan malam sebelum aktiviti bermula. Antara aktiviti yang berlangsung pada hari pertama adalah taklimat pengenalan dari Encik Mohd Farhan Shahrin (Ketua Seksyen Sumber Alam, SISFEC) dan diteruskan dengan taklimat disiplin dari Fasilitator Disiplin, Encik Aiman Fikri Mohd Aris Fadzilah. 

Aktiviti diteruskan dengan sesi suai kenal (Ice Breaking) dan pembentukan kumpulan masing-masing yang dikendalikan oleh Ketua Fasilitator, Puan Aida Fitri Peli. Aktiviti pada malam tersebut berjalan lancar dan dibantu oleh fasilitator yang bertugas pada malam itu.

Selepas selesai aktiviti, peserta diberi sedikit taklimat keselamatan oleh fasilitator bertugas. Sebelum bersurai peserta dihidangkan minum malam dan bersurai ke bilik asrama masing-masing.

Date of Input: 31/10/2023 | Updated: 16/11/2023 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcDAO~