Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – 30 Ogos 2021, Sekalung ucapan tahniah dizahirkan kepada YB. Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Pelantikan ini secara tidak langsung mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu merupakan Alumni UPM Kelas 2016.
YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar yang dilahirkan pada 3 April 1971, di Layang-layang, Simpang Renggam, Johor. Mula aktif dalam bidang politik bermula dari tahun 2013 hingga kini. Pada 2021 dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri, YB Datuk Dr. Santhara Kumar dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.
Terdahulu, YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan yang berjaya dan pernah dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan Masterskil pada 2004. Manakala pada tahun 2005 beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, yang mana beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan syarikat. Masterskill adalah Kumpulan Pendidikan Sains Kejururawtan dan bersekutu terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di rantau Asia Pasifik.
Sekali lagi sekalung ucapan tahniah daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) atas pelantikan ini dan juga seluruh warga UPM khususnya ARCUPM mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | hafzaini
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor