Distinguished Alumni: Congratulations Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee | Alumni Relations Centre
» NEWS » Distinguished Alumni: Congratulations Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Distinguished Alumni: Congratulations Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 30 Ogos 2021, Sekalung ucapan tahniah dizahirkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee atas pelantikan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Pelantikan ini secara tidak langsung mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee merupakan Alumni UPM Kelas 1984. 

Pastinya kejayaan alumni terbilang ini membawa nama alma mater selaku pusat pengajian yang memberikan seribu jalan mencipta berjuta kejayaan. YB. Datuk Dr. Ronald Kiandee merupakan seorang ahli politik dari kawasan Parlimen, Beluran, Sabah dan bergiat aktif dalam bidang politik semenjak tahun 1989 hingga kini. 

Sepanjang penglibatannya dalam bidang politik banyak jawatan yang telah disandang sehinggalah kini mendapat kepercayaan daripada Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan. 

Sekali lagi sekalung ucapan tahniah daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) atas pelantikan ini dan seluruh warga UPM khususnya ARCUPM mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUFAh~