Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: With CP. Datuk Seri Mazlan Lazim | Alumni Relations Centre
» NEWS » Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: With CP. Datuk Seri Mazlan Lazim

Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: With CP. Datuk Seri Mazlan Lazim

leh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 20 September 2021, ARCUPM berjaya menjejaki seorang lagi Alumni Terbilang UPM yang mana kisah kejayaannya akan dicatatkan dalam Coffee Table Book ’50 Jewels of UPM’, iaitu CP. Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Logistik Teknologi PDRM.

Sebagai info, ketika sesi temubual diadakan beliau masih memegang jawatan tersebut, namun pada 24 Jub 2021 yang lalu CP. Datuk Seri Mazlan Lazim telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang membawa gelaran DIG Datuk Seri Mazlan Lazim. 

Beliau yang merupakan alumni kelas (19825 dan 1994) sebelum ini telah baynyak memegang jawatan penting dalam PDRM sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27. 

Semasa sesi temubual diadakan dipejabatnya, pelbagai kisah kejayaan telah berjaya merakamkan pelbagai pencapaian dan perjalanan kerjayan beliau sebagai anggota polis serta sedikit sebanyak kenangan yang pernah dicipta semasa berada di UPM pada 27 tahun yang lepas. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri atas kerjasama yang diberikan dalam penerbitan Coffee Table Book '50 Jewels of UPM'.

Dan juga sekalung ucapan tahniah kepada DIG Datuk Seri Mazlan Lazim (Alumni UPM Kelas 1985 & 1994) atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXESMAj~