Alumni TRACE At The Johor Department Of Agriculture | Alumni Relations Centre
» NEWS » Alumni TRACE at the Johor Department of Agriculture

Alumni TRACE at the Johor Department of Agriculture

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

24 November 2021, Satu kunjung hormat telah diadakan ke Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi TRACE Alumni. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sentiasa komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan jalinan perhubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara alumni dengan alma mater. Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, ARCUPM sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk membawa kembali alumni ke kampus bagi menyokong universiti dalam teras fungsinya iaitu pengajaran,penyelidikan dan khidmat professional. 

Secara keseluruhan pihak ARCUPM telah berjaya menjejaki seramai enam orang alumni yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor. Terima kasih kepada alumni UPM yang sudi menerima kunjungan ARCUPM sesungguhnya ianya amat bermakna dalam usaha untuk menjejaki alumni dan seterusnya memperkasakan jalinan alumni. 

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXESTAh~