Alumni Magazine Serdang Sun 2021 Publication Briefing | Alumni Relations Centre
» NEWS » Alumni Magazine Serdang Sun 2021 Publication Briefing

Alumni Magazine Serdang Sun 2021 Publication Briefing

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 20 Ogos 2021, Satu taklimat ringkas diadakan berkaitana Penerbitan Majalah Serdang Sun oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama sekretariat penghubung Persatuan Alumni UPM (PAUPM). 

Taklimat yang dikendalikan oleh Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan telah berlangsung secara dalam talian zoom meeting selama satu jam. 

Taklimat ini adalah untuk memperincikan dan pelaporan kemajuan untuk penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun yang dijadualkan akan dicetak pada penghujung tahun 2021. Penerbitan ini adalah kerjasama antara ARCUPM dan juga PAUPM dalam melancarkan proses penerbitan dan juga gerak kerja. 

Dalam taklimat itu, pihak ARCUPM memberikan gambaran jelas kepada PAUPM mengenai pembahagian tugasan yang perlu dilakukan demi menggerakan gerak kerja penerbitan supaya berada dalam garis masa yang ditetapkan. 

Terdahulu, Serdang Sun merupakan Majalah Alumni UPM yang berperanan sebagai medium hebahan maklumat berkenaan kejayaan alumni, perkongsian pengalaman dan aspirasi alumni serta aktiviti mahupun program alumni yang dijalankan. Majalah ini diterbitkan setiap tahun dan mempunyai empat seksyen yang memaparkan kisah kejayaan alumni iaitu features, Contributions, Campus potraits dan juga highlights.

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 03/02/2023 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUBAb~