Biasiswa Qaimeera telah ditubuhkan pada tahun 2025 dan ditaja oleh YBhg. Profesor Dr. Anjas Asmara @ Ab Hadi Bin Samsudin, Pengarah ITAFOS. Biasiswa ini ditawarkan khusus kepada pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Perikanan, dengan objektif membantu mereka yang berpotensi tetapi menghadapi kekangan kewangan. Permohonan biasiswa ini dibuka pada sesi akademik 2025/2026. Kriteria utama untuk kelayakan adalah pelajar mestilah berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam kelompok isi rumah B40. Biasiswa ini mencerminkan usaha untuk memperkasakan pendidikan dalam bidang kesihatan haiwan dan perikanan melalui sokongan komuniti akademik dan industri.