Oleh: Nur Sara Hazeqqa
Suntingan: Suziana Che Wil

Serdang, 20 Mei - Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan aktivitit riadah kesihatan Zumba Get Fit With Fun sempena menyambut Hari Alumni UPM, 21 Mei.
Bertempat di Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) aktiviti Zumba berlangsung dengan meriah. Hampir 30 orang peserta daripada kalangan staf kampus UPM Serdang dan juga staf Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sendiri. Aktiviti riadah ini selain daripada untuk memeriahkan sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei, ianya juga sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan kesihatan.

Kecergasan dan kesihatan pekerja perlu diutamakan dalam usaha memupuk budaya kerja yang lebih efisien dan proaktif. Pusat Perhubungan Alumni merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Norazrin Kamsor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Puan Siti Farida Azhar (instructor Zumba) dan Dr. Nul Widaya Mohamed Nawi (Alumni kelas 2007, 2018, 2019 dan 2022) juga kakitangan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pusat Perhubungan Alumni sekali lagi merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UPM yang turut serta menjayakan aktiviti ini.
Tarikh Input: 21/05/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor