SERDANG, 25 Ogos 2026 – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh warga Universiti Putra Malaysia (UPM), alumni serta masyarakat.
Sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk umat Islam menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan. Nilai kejujuran, kasih sayang, kesabaran, amanah dan kepedulian terhadap sesama insan wajar terus diterapkan dalam kehidupan seharian.
Seiring dengan semangat Alumni UPM Berilmu Berbakti, penghayatan terhadap sirah dan akhlak Rasulullah SAW diharap dapat menjadi inspirasi kepada warga alumni untuk terus menimba ilmu, menyumbang kepakaran serta memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.
ARCUPM turut berharap agar ukhuwah yang terjalin antara alumni dan alma mater terus diperkukuh dan disemai dari semasa ke semasa. Hubungan yang erat ini penting dalam membina jaringan alumni yang saling menyokong serta membawa manfaat bersama kepada universiti, alumni dan masyarakat.
Dalam kesempatan ini, ARCUPM turut mengingatkan seluruh warga alumni mengenai Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming Kali ke-13 Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 22 November 2026 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh ukhuwah, meningkatkan keimanan dan memperbanyakkan amalan kebajikan demi kesejahteraan ummah dan negara.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M.
Alumni UPM Terus Berilmu dan Berbakti.
Tarikh Input: 27/08/2026 | Kemaskini: 27/08/2026 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor