YH NAIB CANSELOR MELAWAT RERUAI PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » YH NAIB CANSELOR MELAWAT RERUAI PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI

YH NAIB CANSELOR MELAWAT RERUAI PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI


 

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 28 Nov - Bersempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke-46, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang turut membuka reruai menjual cenderahati ARCUPM dan juga Serdang Angels. 

Selesai majlis konvokesyen sidang ketiga di Dewan Besar, UPM, naib Canselor UPM, YH. Prof. Dr. Roslan Sulaiman turut melawat reruai yang berhampiran. Antara reruai yang sempat dikunjungi adalah reruai ARCUPM. 

Turut bersama beliau, Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, para pegawai ARCUPM dan juga pelajar Chapter Student Ambassador yang turut membantu jualan di reruai itu.

Beliau sempat beramah mesra bersama pelajar dan turut menyokong usaha pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran dalam bidang keusahawanan kerana ini kemahiran yang perlu digilap. Keusahawanan juga antara bidang kerjaya yang boleh diceburi apabila bergraduat kelak. 

 

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdAAM~