Watikah Pelantikan Pengarah Perkhidmatan Dan Pengetua Kolej Kediaman | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Watikah Pelantikan Pengarah Perkhidmatan dan Pengetua Kolej Kediaman

Watikah Pelantikan Pengarah Perkhidmatan dan Pengetua Kolej Kediaman

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 1 April - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan Selamat Datang dan Selamat bertugas kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad selaku Pengarah ARCUPM berkuatkuasa 1 April 2024. 

Pelantikan ini adalah bagi menggantikan jawatan Pengarah yang dikosongkan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud yang bersara wajib pada 23 Ogos 2023 yang lepas. Sepanjang jawatan ini dikosongkan, tugas-tugas pengarah telah diambil alih oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar bagi memastikan setiap fungsi dan perjalanan ARCUPM dapat dijalankan seperti biasa. 

Pelantikan selama tiga tahun ini juga akan membawa banyak pembaharuan dan pastinya akan membawa banyak manfaat kepada alumni di luar sana. Kerjasama sesama alumni perlu diteruskan demi menjayakan visi dan misi universiti untuk menjadikan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai sebuah Universiti bereputasi antarabangsa. 

Terdahulu, YBhg. Prof. Madya Dr. Aqlima merupakan Pengarah ARCUPM yang keenam sejak ARCUPM ditubuhkan pada tahun 1999. Bermula daripada sebuah unit yang dikenali sebagai Unit Alumni yang kemudiannya ditukarkan kepada Pusat Alumni bermula Januari 2022. 

Namun, pada Ogos 2003, pejabat ini telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan kerjaya untuk pelajar UPM dan kemudiannya ditukar nama kepada Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni.

Pada Julai 1 Julai 2006, Naib Canselor kelima dan Pihak Pengurusan UPM telah bersetuju agar pejabat alumni dipertanggungjawab untuk menjayakan segala program bagi memperkasakan UPM melalui alumninya dan telah menetapkan nama pejabat ini sebagai Pusat Alumni UPM. Pada 1 Januari 2021, Pusat Alumni telah dijenamakan nama sebagai Pusat Perhubungan Alumni.

Seluruh warga ARCUPM mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad selaku pengarah baharu ARCUPM dan selamat untuk bekerjasama.

Tarikh Input: 04/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFGXAI~