UPM Semarak Semangat Kemerdekaan Kali Ke-64 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM Semarak Semangat Kemerdekaan Kali ke-64

UPM Semarak Semangat Kemerdekaan Kali ke-64

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 16 September 2021,  Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pusat Perhubungan Alumni UPM, telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Poster Inter-PTJ. Poster dengan Slogan, ‘Malaysia Prihatin Mengharungi Cabaran dan Dugaan Wabak Covid-19’, telah dihasilkan oleh Pegawai Eksekutif, ARCUPM, Encik Alif Akram bin Mohd Isnain. 

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Encik Khairul Azman bin Rosli dari Fakulti Kejuruteraan dengan slogan poster ‘Bangkitlah Malaysiaku’ dan tempat ketiga pula milik PTJ, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, yang dimenangi oleh Encik Muhamad Zulwaqa’ bin Muhamad Zamri dengan slogan poster, ‘Tanah Tumpahnya Darahku’.

Selain kategori poster Inter-PTJ yang dipertandingkan, terdapat empat lagi kategori yang lain iaitu, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka, Pertandingan Bakat Cilik Putra Merdeka dan juga Pertandingan Melukis Kanak-kanak Merdeka.

Dalam keadaan negara masih dilanda wabak pandemik Covid-19, semarak semangat kemerdekaan tetap dijalankan dengan gaya norma baharu. Semua aktiviti dan program dirangka secara dalam talian dan objektif untuk meraikan serta memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia kali ke-64 tetap dapat dirasai. Ini selari dengan seruan lima strategi utama dalam memacu UPM sebagai menara ilmu yang dilaungkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman antaranya adalah menatang pembudayaan norma baharu. 

Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan kemenangan yang sebenarnya adalah apabila dapat mencabar diri untuk hasilkan sesuatu yang terbaik.

Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaIAk~