UPM Juara Keseluruhan Kali Ketiga SUKIPT 2022 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM Juara Keseluruhan Kali Ketiga SUKIPT 2022

UPM Juara Keseluruhan Kali Ketiga SUKIPT 2022

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG - UPM untuk kali ketiga dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim bermula 12 hingga 21 Ogos 2022. 

Kejayaan meraih 38 emas, 19 perak dan 20 gangsa membolehkan UPM menjadi juara bertahan keseluruhan SUKIPT mengulangi kejayaan yang sama pada 2012 dan 2018.

Lebih manis lagi, UPM turut melakar kejayaan apabila pasukan Ragbi lelaki meraih anugerah pasukan lelaki terbaik keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala pusingan.

Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersyukur apabila UPM dinobatkan sebagai johan keseluruhan SUKIPT 2022.

Menurut beliau, ini adalah kali ketiga UPM merangkul kejuaraan keseluruhan bermula pada tahun 2012, 2018 dan seterusnya 2022. 

Manakala menurut Pengarah Akademi Sukan UPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman, kontinjen UPM hampir mencapai 40 pingat emas yang disasarkan. Namun kejayaan yang dilakarkan ini sudah cukup memberi makna kepada universiti secara keseluruhannya. 

Dengan pencapaian 38 pingat emas, membuktikan para atlet UPM berada pada tahap yang terbaik dalam kalangan terbaik. Bagi pihak Akademi Sukan UPM, mereka akan terus mencari bakat-bakat sukan yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan dan akan terus memantapkan fasiliti sukan untuk pembangunan atlet yang lebih baik pada masa akan datang. 

 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 01/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaBAv~