UPM Fratenity Camp@Home Penutup Program Chapter Student Ambassador 2020/2021 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM Fratenity Camp@Home penutup program Chapter Student Ambassador 2020/2021

UPM Fratenity Camp@Home penutup program Chapter Student Ambassador 2020/2021

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 16 Ogos 2021, telah berlangsung Majlis Apresiasi Chapter Student Ambassador(CSA) sesi  2020/2021. Ini merupakan Majlis Penutup untuk program UPM Fratenity Camp@Home. Majlis yang berlangsung secara dalam talian itu menjadi projek terakhir kepada CSA dan sekaligus para pelajar di bawah CSA telah berjaya merealisasikan kesemua tugasan yang diberikan sepanjang menjadi ahli CSA sesi 2020/2021.

Antara tetamu yang hadir, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM(ARCUPM), Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan, Penolong Pendaftar, ARCUPM, staf ARCUPM dan para pelajar CSA.

Pada majlis itu, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud telah memberikan pengiktirafan dan apresiasi kepada pelajar-pelajar CSA 2020/2021 atas komitmen penglibatan dan semangat kesukarelawan mereka dalam menjayakan setiap program dan projek yang dianjurkan oleh ARCUPM.

“Kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana masih diberikan oleh-Nya kesempatan untuk kita semua berjumpa. Sama-sama kita doakan agar pertemuan ini adalah pertemuan yang diredai dan memberi manfaat. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar kerana telah berjaya menamatkan sesi 2020/2021 dengan jayanya. Ini merupakan titik mula untuk kita teruskan perjalanan yang masih jauh dan panjang. Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur, khususnya pelajar-pelajar CSA yang banyak membantu ARCUPM dalam setiap program selama ini. Apresiasi kali ini sangat berbeza kerana kita masih belum mampu untuk berjumpa secara fizikal. Namun itu bukan penghalang untuk teruskan program. Ini satu usaha untuk kita biasakan diri dalam keadaan norma baharu. Secara khususnya CSA telah banyak membantu ARCUPM dan saya difahamkan penglibatan CSA ini telah memberi satu impak besar dalam mewujudkan semangat kekitaan di antara pelajar dan juga ARCUPM. Hubungan yang lebih erat dapat dijalinkan dan secara tidak langsung pelajar semua tahu mengenai apa yang ARCUPM lakukan demi merapatkan ukhwah antara alumni dan alma mater, ini kerana anda semua juga bakal bergelar alumni selepas bergraduat kelak,” ujar beliau.

    

Menurut Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, program-program yang dirangka ini telah membuka laluan agar pelajar dan staf dapat jalinkan hubungan yang lebih rapat. Di sini juga para pelajar menimba ilmu dan pengalaman menerusi penglibatan mereka dalam setiap program yang dianjurkan.

Terdahulu bermula 13 hingga 16 Ogos 2021, para pelajar ini bersama fasililator homeroom masing-masing telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan antaranya penghasilan video kumpulan dan juga debat antara kumpulan. Hasilnya, pemenang keseluruhan bagi tugasan akhirnya ini tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan Fiva, Kumpulan Trace, Kumpulan Showcase dengan maing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300.00, tempat kedua RM200.00 manakala tempat ketiga RM150.00. Manakala tempat kelima hingga keeenam, masing-masing membawa pulang wang tunai RM100.00 telah dimenangi oleh Kumpulan ASK, DALS dan TAD.

Pada majlis apresiasi itu juga, sebagai menghargai komitmen kesemua homeroom bagi sesi 2020/2021, Pusat Perhubungan Alumni telah menganugerahkan setiap homeroom dengan menggunakan nama mantan Naib Canselor UPM. Kesemua homeroom ini juga membawa pulang wang tunai RM500.00 sumbangan daripada ARCUPM. Antara anugerah yang diberikan ialah, Anugerah Rashdan Baba untuk kepada Kumpulan Showcase, Anugerah Nayan Ariffin diberikan kepada Kumpulan Trace, Anugerah Syed Jalaludin Syed Salim diberikan kepada Kumpulan TAD, Anugerah Muhamad Zohadie Bardaie diberikan kepada Kumpulan ASK, Anugerah Nik Mustapha R. Abdullah diberikan kepada Kumpulan Fiva dan Anugerah Radin Umar Radin Sohadi diberikan kepada Kumpulan DALS.

 

Sebagai penutup tirai CSA pada sesi 2020/2021, Muhammad Faris Nazrin Mohd selaku Presiden CSA sesi 2020/2021, mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang memberikan komitmen walaupaun berada jauh di antara satu sama lain. Menurutnya keterlibatan setiap daripada ahli CSA menunjukkan rasa bekersamaan dalam sepasukan. Hasil perjuangan dan kerjasama ini telah melancarkan setaip program yang dianjurkan sehinggalah kepada akhir terakhir penutup tirai untuk sesi 2021/2021. Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang ditimba berguna untuk masa akan datang.

 

Tarikh Input: 23/08/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUCA2~