UPM BERMUNAJAT SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM BERMUNAJAT SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UPM

UPM BERMUNAJAT SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UPM

Oleh : Aida Fitri Peli

SERDANG, 25 Mac – Sebuah majlis kerohanian bagi meraikan dan memberkati Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Masjid UPM pada jam 7 petang. UPM Bermunajat merupakan sebuah program anjuran Pusat Islam UPM ini telah dikendalikan secara fizikal mengikut prosedur operasi standard yang telah digariskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majlis ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tuan Haji Mat Razi Abdullah, pengarah Pusat Islam dan Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai dan mahasiswa universiti.

Zulkifli Idrus dalam ucapannya mengatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang mencabar buat warga Universiti Putra Malaysia dalam menyambut sambutan 50 tahun atas faktor cabaran negara dan dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19. “Universiti amat menyanjung tinggi usaha yang telah diberikan dan diucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga UPM yang telah bersama-sama berganding bahu demi memastikan UPM terus cemerlang dan berdiri teguh sehingga ke hari ini”, tambah beliau.

Bersempena majlis UPM Bermunajat, Zulkifli mengajak para hadirin untuk bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan dan mendoakan kecemerlangan dan keberkatan institusi pengajian tinggi ini.

Majlis bermula selepas solat maghrib berjemaah kemudian disusuli dengan solat hajat secara berjemaah. Seterusnya, majlis bacaan surah yasin dan doa selamat telah dilaksanakan dengan lancar dengan pimpinan Ustaz Norisyam Nordin bagi mendoakan kesejahteraan warga UPM.

Tarikh Input: 29/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaSAc~