UPM AMBASSADOR 2017 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM AMBASSADOR 2017

UPM AMBASSADOR 2017

  

19 September 2017 – Pusat Alumni dengan kerjasama Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu) telah menganjurkan program UPM Ambassador. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang alumni apabila bergraduat kelak di samping untuk memupuk semangat kecintaan kepada alma mater. Dengan tema “Duta Alumni di mata dunia”, program ini turut bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar agar sentiasa bersemangat untuk menyumbang kembali kepada alma mater.

Sementara itu, program ini telah dihadiri oleh 200 orang tetamu jemputan termasuk alumni dan pelajar UPM mengupas perjalanan alumni UPM mengenai penerimaan dan penjanaan ilmu semasa peringkat universiti. Garapan dan kupasan penceritaan yang baik di forum tersebut oleh tiga ahli panel telah menyerikan lagi tema forum yang menyentuh konteks bermanfaat serta memperlengkapkan diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan semasa serta bagaimana ia mampu memberi sumbangan kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

 

 

Tarikh Input: 11/10/2017 | Kemaskini: 11/10/2017 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdQAg~