Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (Trace)@Veterinar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (Trace)@Veterinar

Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (Trace)@Veterinar

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid 

Disunting oleh: Suziana Che Wil 

Kuala Lumpur, 27 September – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah menyertai program Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE)@Veterinar yang diadakan bersempena The 35th Malaysian Veterinary Medical Association (MAVMA) Annual Conference 2025 di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi strategik serta menjejaki alumni UPM, khususnya daripada Fakulti Perubatan Veterinar. Melalui penglibatan ini, ARCUPM telah berjaya mengemas kini lebih daripada 60 data alumni sepanjang program berlangsung.

Kehadiran para alumni ternama seperti Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Deris (Alumni 1979 dan 1989), Dr. Helen Anak Mitin (Alumni 2013) dan Dr. Kevin Lazarus (Alumni 1987) menyerikan lagi program tersebut. Mereka merupakan antara figura penting dalam bidang veterinar yang terus mengharumkan nama universiti melalui kepimpinan dan sumbangan profesional di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Program TRACE@Veterinar ini turut menjadi platform bermakna untuk memperkukuh hubungan antara universiti dan alumni, selain mengiktiraf jasa serta peranan mereka dalam pembangunan bidang veterinar negara. Hubungan erat yang terjalin sepanjang program ini memperlihatkan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan alumni terhadap alma mater tercinta.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan TRACE@Veterinar membuktikan komitmen berterusan ARCUPM dalam memperkasa peranan alumni sebagai rakan strategik universiti. Diharapkan jalinan ukhuwah dan kolaborasi yang terbina akan terus subur demi kecemerlangan UPM serta kemajuan bidang veterinar pada masa hadapan.

Tarikh Input: 24/10/2025 | Kemaskini: 24/10/2025 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (06:06:50pm-06:11:50pm, 12 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]