Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (TRACE)@Kota Bharu, Kelantan 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (TRACE)@Kota Bharu, Kelantan 2024

Tracing Alumni For Collaboration And Engagement (TRACE)@Kota Bharu, Kelantan 2024

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Kota Bahru, Kelantan - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah berjaya menganjurkan Program Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE)@Kota Bharu, Kelantan. Program ini diadakan selama dua hari pada 2 dan 3 September 2024, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara alumni dan alma mater dengan menjejaki alumni UPM yang kini berkhidmat di agensi kerajaan dan sektor swasta.

Dalam program ini, ARCUPM telah berjaya mengesan seramai 114 alumni UPM yang kini bekerja di Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu, ARCUPM turut mengadakan beberapa sesi temu mesra alumni bagi memperkukuh jaringan alumni. Salah satu pertemuan tersebut melibatkan YBrs. Dr. Abdul Karim Zaidan Ab Aziz, alumni Kelas 2018 yang kini mengusahakan Klinik Haiwan Kota. Lawatan ke klinik tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara alumni dan alma mater, malah telah berjaya mengesan tiga lagi alumni UPM yang turut berkhidmat di klinik tersebut.

ARCUPM juga menganjurkan sesi Temu Mesra Alumni bersama YBrs. Dr. Mohd Fakrudin Abd Salam, alumni Kelas 1997 dan pemilik Klinik Haiwan Mahkota. Dalam sesi ini, ARCUPM berjaya mengemaskini maklumat (2) dua alumni yang sedang berkhidmat di klinik tersebut. Program seperti ini memainkan peranan penting dalam memastikan alumni terus terhubung dan dapat menyumbang kepada perkembangan universiti melalui pelbagai bentuk kerjasama dan penyertaan dalam program universiti. 

Dengan inisiatif ini, ARCUPM berharap dapat memperluas jaringan alumni dan memperkukuh hubungan antara universiti dan bekas pelajar dalam usaha membangun kerjasama yang berterusan untuk kebaikan bersama.

Tarikh Input: 26/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:57:40~noCache