Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil

Johor - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berjaya mengadakan Program Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE) @Johor bertempat di Taman Negara Johor, Tanjung Piai dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Program yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 16-17 Julai 2024 mensasarkan objektif yang jelas iaitu bagi menjejaki alumni UPM di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Ini antara usaha untuk terus melibatsama alumni UPM dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak universiti.
Menerusi TRACE di Taman Negara Johor, Tanjung Piai ARCUPM telah berjaya menjejak seramai 14 orang alumni UPM yang sedang berkhidmat di Taman Negara Johor, Tanjung Piai dalam pelbagai jawatan dan jabatan.
Manakala TRACE di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ARCUPM telah dapat menjejaki seramai 13 alumni UPM yang sedang berkhidmat di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad yang turut serta dalam program dua hari ini mengharapkan agar hubungan ukhuwah antara alumni dan universiti akan dapat dieratkan lagi dan teruslah menyumbang bakti kepada alma mater.
Pusat Perhubungan Alumni UPM, mengalu-alukan kepulangan para alumni UPM untuk bersama-sama menyemarakkan lagi kecemerlangan Universiti Putra Malaysia bukan sahaja di peringkat lokal tetapi peringkat antarabangsa.
Tarikh Input: 19/07/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | shahirahalia

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor