TRACE@KEJURUTERAAN 2025 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TRACE@KEJURUTERAAN 2025

TRACE@KEJURUTERAAN 2025

Oleh:  Nur Fazrini Alia Abd Majid

Disunting Oleh: Suziana Che Wil 

 

Serdang, 19 Disember- Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah membuka kaunter TRACE dan kemas kini data alumni sempena Majlis Makan Malam “50 Years of Engineering Faculty: The Grand Homecoming”, yang dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia.

Inisiatif TRACE@Kejuruteraan 2025 ini bertujuan menjejak dan mengemaskini maklumat alumni Fakulti Kejuruteraan, di samping meningkatkan kesedaran bahawa setiap graduan dan warga fakulti merupakan sebahagian daripada komuniti alumni UPM. Usaha ini penting bagi memastikan data alumni sentiasa terkini, sekali gus menyokong perancangan program, jaringan profesional dan kerjasama strategik universiti pada masa hadapan.

Majlis yang penuh bermakna ini telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 orang tetamu yang terdiri daripada alumni pelbagai generasi, rakan kolaborasi, rakan industri, mantan staf fakulti serta staf Fakulti Kejuruteraan, dalam suasana yang sarat dengan nostalgia dan semangat kebersamaan.

Sepanjang penganjuran majlis, kaunter ARCUPM telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan seramai 77 orang alumni singgah untuk membuat semakan dan kemas kini data. Menariknya, kehadiran ke kaunter bukan sahaja melibatkan alumni yang pernah menuntut di fakulti tersebut, malah turut merangkumi staf-staf Fakulti Kejuruteraan, sekali gus mencerminkan kesedaran bersama terhadap kepentingan peranan alumni dalam ekosistem universiti.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan TRACE@Kejuruteraan 2025 bukan sahaja memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti, malah berperanan mengingatkan bahawa alumni UPM merupakan duta universiti yang mempunyai tanggungjawab untuk terus berhubung dan menyumbang kepada pembangunan serta kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 30/12/2025 | Kemaskini: 30/12/2025 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
F, (07:12:44pm-07:17:44pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]