6-11 Ogos 2017 – Pusat Alumni telah melaksanakan 6 hari program iaitu TRACE Alumni Korporat dan Bridges Link Kota Kinabalu dan Sandakan Sabah. Program ini bertujuan memperkasakan jaringan alumni, pertukaran kepakaran dan juga menyampaikan kepentingan para alumni untuk menyokong Putra Global UPM 200 yang mana aspirasi UPM untuk berada pada kedudukan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020.
Delegasi Pusat Alumni telah melaksanakan Temu Mesra Alumni di beberapa agensi di Sabah antaranya Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sawit Kinabalu Sdn Bhd, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Sandakan, Politeknik Sandakan, UMS Kampus Sandakan, alumni perseorangan iaitu Puan Rahmawati daripada SESB, Dr. Mohammed Selamat daripada Universiti Malaysia Sabah, Hj. Sundisin dan isteri.
Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Chapter Alumni UPM Sabah yang membantu dan menyokong program ini dan seterusnya melestarikan kerjasama korporat antara alumni-alma mater.
Tarikh Input: 28/08/2017 | Kemaskini: 11/10/2017 | hafzaini
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor