TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: UTHM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: UTHM

TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: UTHM

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil 

 

BATU PAHAT, 19 November – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) terus komited dalam menjalankan aktiviti dan program yang boleh membawa alumni kembali ke alma mater. Terbaharu satu program pengesanan alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berkhidmat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Seramai sembilan orang alumni yang menghadiri perjumpaan tersebut dan pelbagai perkongsian mengenai program dan aktiviti yang dilakukan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, dan Pegawai Tadbir ARCUPM, Puan Aida Fitri Peli.

 

Hasil daripada perjumpaan dan perkongsian tersebut, alumni yang hadir menunjukkan rasa minat untuk bekerjasama dengan ARCUPM untuk menganjurkan program dan aktiviti yang ditawarkan kepada alumni. Antara program yang ditawarkan adalah Program Mekar dan Seba. ARCUPM turut mengalu-alukan kepada alumni yang ingin menyumbang kepada alma mater seperti perkongsian dan pertukaran ilmu yang bakal memberi manfaat kepada para pelajar di UPM.

Alumni turut berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelajar Chapter Student Ambassador (CSA) tentang pengalaman ketika belajar. Perkongsian yang diberikan amat bermakna buat pelajar CSA.

Terima kasih UTHM kerana sudi menerima kunjungan dari ARCUPM dan pelajar Chapter Student Ambassador (CSA). Semoga dengan perjumpaan ini dapat menjalinkan hubungan yang rapat antara alumni dan pelajar.

ARCUPM selaku entiti penghubung antara alumni dan alma mater sentiasa membuka pintu kepada alumni yang ingin kembali menyumbang. Sumbangan boleh hadir dalam pelbagai cara dan bentuk. Perkongsian ilmu dan pengalaman juga antara sumbangan yang dialu-alukan sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar UPM.

Tarikh Input: 21/11/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcVAi~