TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: SEBA-i | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: SEBA-i

TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: SEBA-i

Oleh: Shahirah Alia Azahar

Suntingan: Suziana Che Wil

 

BATU PAHAT, 18 November - Program Trace ke Batu Pahat ini dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama Chapter Student Ambassador (CSA). Seramai 28 orang pelajar ahli CSA yang terlibat dan beberapa orang pegawai ARCUPM sebagai pemantau.

Program Sejam Bersama Alumni Industri (SEBA-i) Siri 2 diletakkan di dalam tentatif Program Trace untuk memberi pendedahan dan perkongsian kepada pelajar CSA yang terlibat. Program Sejam Bersama Alumni (SEBA) merupakan sebuah program perkongsian alumni UPM kepada pelajar terutamanya pelajar CSA dan warga kampus mengenai pengalaman semasa menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi.

Syarikat Faiza Sdn Bhd menjadi pilihan di mana perkongsian diberikan oleh Dr Salwa Abu Bakar, Alumni UPM kelas 1983 & 1988. Beliau adalah seorang yang sangat mesra dan mudah didekati. Perkongsian yang diberikan menarik sesiapa sahaja yang mendengar. Beliau juga adalah seorang yang lembut tutur katanya dan sentiasa menghargai orang sekeliling beliau terutama kepada ibu beliau Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad dan juga pekerja yang beliau kasihi.

Perkongsian beliau bermula dari ketika beliau masih belajar sehingga sekarang beliau sebagai Pengurus Besar Kanan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Beliau juga membuka dan menjawab soalan dari pelajar CSA walaupun soalan yang diberikan berbentuk peribadi seperti cara beliau mengendalikan tekanan ketika belajar. Beliau berbesar hati menjawab segala pertanyaan pelajar dan berkongsi ilmu kepada pelajar CSA khususnya.

Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Salwa Abu Bakar, alumni UPM kelas 1983 dan 1988, Pengurus Besar Kanan Syarikat Faiza Sdn Bhd atas kesudian beliau menerima kunjungan dari ARCUPM dan pelajar CSA. Turut berterima kasih atas perkongsian beliau kepada pelajar CSA. Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat khususnya kepada pelajar CSA.

Dikesempatan ini juga ARCUPM mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Faiza Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan untuk diagihkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat, Johor.

Tarikh Input: 21/11/2023 | Kemaskini: 21/11/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcAAk~