TRACE ALUMNI DI LEMBAGA LADA MALAYSIA KUCHING | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TRACE ALUMNI DI LEMBAGA LADA MALAYSIA KUCHING

TRACE ALUMNI DI LEMBAGA LADA MALAYSIA KUCHING

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan


 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) diketuai oleh Cik Aida Fitri Peli, Ketua Seksyen Jalinan dan Pengukuhan Alumni telah mengadakan satu kunjung hormat ke pejabat lembaga LADA Malaysia di Kuching, Sarawak.

Lawatan ini antara lainnya untuk mengukuhkan hubungan bersama alumni UPM di Lembaga LADA Malaysia, Kuching dalam usaha memantapkan lagi kerjasama bersama alumni industri pada masa akan datang. Selain itu, lawatan sebegini juga dilakukan ke organisasi kerajaan dan agensi swasta dalam usaha menjejak para alumni UPM di luar sana untuk sama-sama menggembleng tenaga dan idea dalam membawa hala tuju Universiti ke mercu kejayaan.

Sehingga kini jumlah alumni UPM yang berdaftar dalam Sistem Maklumat Alumni (AIS) yang diuruskendali oleh ARCUPM seramai sekitar 130,000 di seluruh negara bahkan juga alumni di luar negara. Dengan jumlah yang besar ini, usaha untuk meningkatkan lagi usaha pemantapan Universiti bukan satu perkara yang sukar.

Dalam Naratif Naib Canselor 2023, ikhtiar ke tujuh, ‘Menyatu Kekuatan Alumni’ dengan slogan ‘Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ sebagai katalis dalam usaha meningkatkan impak hubungan antara alumni , pelajar dan alma mater. Seiring dengan itu, TRACE alumni di Lembaga LADA Malaysia bertepatan dengan seruan Naratif Naib Canselor dan diharapkan usaha ini akan membawa manfaat yang besar bukan sahaja kepada Universiti malah kepada pelajar UPM.

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdPAB~