TOURNAMENT REUNION ON THE GREENS (ROG) 2026 KUKUHKAN JALINAN ALUMNI UPM | Pusat Perhubungan Alumni alumni
» BERITA » TOURNAMENT REUNION ON THE GREENS (ROG) 2026 KUKUHKAN JALINAN ALUMNI UPM

TOURNAMENT REUNION ON THE GREENS (ROG) 2026 KUKUHKAN JALINAN ALUMNI UPM

Oleh: Husna Shafiyah Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana Che Wil

SERDANG, 21 JUN – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) bersama Persatuan Alumni UPM (PAUPM), Golf by MK dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah berjaya menganjurkan Tournament Reunion on the Greens (ROG) 2026, yang menghimpunkan alumni serta warga UPM dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat kesukanan.

Turut hadir memeriahkan kejohanan ini ialah Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM; Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI); Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM; Encik Norashedy Ab Rashid, Presiden Persatuan Alumni UPM (PAUPM); Encik Fahmi Azar Mistar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM); serta Encik Shahrudin Mahadi, Timbalan Presiden Persatuan Alumni UPM (PAUPM). Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan erat antara alumni dan alma mater tercinta.

Kejohanan ini bukan sekadar platform untuk pertandingan golf, malah menjadi medan pertemuan yang bermakna buat para alumni daripada pelbagai generasi. Di tengah kehijauan padang golf, para peserta berpeluang bertemu semula rakan-rakan lama, bertukar cerita mengenai pengalaman semasa di kampus serta berkongsi perkembangan kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Suasana mesra dan santai yang terjalin sepanjang program turut membuka ruang kepada pembinaan jaringan profesional yang lebih luas serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam komuniti alumni UPM. Gelak tawa, kenangan yang dikongsi dan aktiviti riadah yang menyeronokkan menjadikan kejohanan ini lebih daripada sekadar acara sukan, sebaliknya sebuah platform yang menyatukan semula warga UPM dalam semangat kekeluargaan yang utuh.

Secara keseluruhan, UPM terus memperkasakan hubungan alumni sebagai aset penting universiti, sekali gus memastikan ikatan yang terjalin kekal erat dan berterusan demi kemajuan bersama.

Tarikh Input: 24/06/2026 | Kemaskini: 24/06/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
X, (11:08:49am-11:13:49am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]