Terus Jaga Nama Baik UPM Dan Juga Terima Kasih YPR – Naqib Huzil | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Terus Jaga Nama Baik UPM dan Juga Terima Kasih YPR – Naqib Huzil

Terus Jaga Nama Baik UPM dan Juga Terima Kasih YPR – Naqib Huzil

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

 

SERDANG, 21 Mac – Majlis Konvokesyen UPM Ke-45 masuk hari ketiga berlangsung. Pada hari ketiga berlangsungnya majlis konvokesyen ini, seramai 759 graduan telah diraikan dalam majlis yang meriah dan penuh warna-warni. 

Ini bermakna perjalanan mereka sebagai alumni UPM juga telah bermula. Bagi Saudara Muhammad Naqib bin Huzil, Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang merupakan Alumni kelas 2021, hari ini adalah hari yang teristimewa baginya. Biarpun masih dihimpit dengan pandemic Covid-19, namun beliau bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai naik ke pentas dan menerima ijazahnya. 

“Penat Lelah selama ini rasa terbayat pada hari ini. Apa yang saya boleh katakan ialah para graduan perlu terus menjaga nama baik UPM dan bermula hari ini kami adalah alumni UPM dan pastinya impian saya dan juga rakan-rakan yang adalah ingin kembali berbakti kepada UPM tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun. 

“Terutamanya saya sendiri selaku penerima biasiswa alumni iaitu Yayasan Pak Rashid, saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus menjaga nama baik penaja saya dan juga UPM. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni dan Yayasan Pak Rashid kerana banyak membantu saya terutamanya dari sudut kewangan sepanjang pengajian saya. 

“Semua itu saya amat hargai dan tidak boleh saya nafikan dengan biasiswa ini juga telah membuka jalan yang luas untuk saya kerja cita-cita saya. Hari ini saya buktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. SAYA BANGGA MENJADI ALUMNI UPM dan terima kasih YPR!” ujarnya mengakkhirinya perbualan. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara Naqib Huzil dan terus kejar impian dan cita-cita. 

 

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 06/04/2022 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYVAf~