Terima Kasih Yayasan Pak Rashid Dan Pusat Perhubungan Alumni – Rizman Fadzli | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Terima kasih Yayasan Pak Rashid dan Pusat Perhubungan Alumni – Rizman Fadzli

Terima kasih Yayasan Pak Rashid dan Pusat Perhubungan Alumni – Rizman Fadzli

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

Foto : Afif Farhan Nazri 

 

SERDANG, 19 Mac – Majlis Konvokesyen UPM Kali ke-45 berlangsung dengan meriah namun pematuhan kepada Standard Operasi Procedur (SOP) berada pada tahap yang terbaik. Ibu bapa dan keluarga akur apabila hanya graduan sahaja yang dibenarkan berada di dalam dewan. Pada hari pertama konvokesyen melihatkan seramai 853 graduan menerima ijazah masing-masing.  

Bagi Saudara Muhamad Rizman bin Mohd Fadzli, Bacelor Kejuruteraan Mekanikal yang merupakan Alumni kelas 2021, hari ini adalah hari yang teristimewa baginya. Biarpun masih dihimpit dengan pandemic Covid-19, namun beliau bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk naik ke pentas dan menerima ijazahnya. 

“Penat Lelah selama ini rasa berbaloi pada hari ini. Apa yang saya boleh katakan ialah para graduan perlu terus menjaga nama baik UPM dan bermula hari ini kami adalah alumni UPM dan pastinya impian saya dan juga rakan-rakan yang adalah ingin kembali berbakti kepada UPM tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun. 

“Terutamanya saya sendiri selaku penerima biasiswa alumni iaitu Yayasan Pak Rashid, saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk terus menjaga nama baik penaja saya dan juga UPM. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni dan Yayasan Pak Rashid kerana banyak membantu saya terutamanya dari sudut kewangan sepanjang pengajian saya. 

“Semua itu saya amat hargai dan tidak boleh saya nafikan dengan biasiswa ini juga telah membuka jalan yang luas untuk saya kerja cita-cita saya. Hari ini saya buktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. SAYA BANGGA MENJADI ALUMNI UPM dan terima kasih YPR!” ujarnya mengakkhirinya perbualan. 

Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara Rizman Fadzli dan terus kejar impian dan cita-cita. 



Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 18/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUQAf~